Tiga pegawai dan anggota polis antara ditahan positif dadah

AWANI 2023-06-28

Views 390

Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) serta dua anggota berpangkat Sarjan dan Koperal antara 152 individu ditahan kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Padungan, Kuching, Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata ketiga-tiganya yang berusia antara 45 hingga 49 tahun disiasat selepas hasil saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Share This Video


Download

  
Report form