BERITA SEMASA 5 JULAI 2023
Siasatan penuh berhubung dakwaan berlakunya kegiatan rasuah di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dimulakan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi pertemuan singkat pada Rabu.