Puas ‘mengemis’, akhirnya Thalia Mentor dapat jejak kaki ke Amerika Syarikat

mStar Malaysia 2023-07-26

Views 9

PENANTIAN tiga tahun buat penyanyi Thalia untuk mewakili Malaysia di pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) akan berakhir.

Thalia atau nama sebenar Ketty Natalia binti Rasul, 35, memberitahu dia akan berangkat ke California, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis ini.

“InsyaAllah 27 Julai ini saya akan terbang ke California untuk mewakili Malaysia dalam kategori vokal selepas tiga tahun tertunda.

“Tiga tahun lepas saya dah lulus uji bakat tapi sebab kekurangan dana itu menyebabkan tertunda, masa tu stress juga fikir dan macam-macam terjadi tapi Alhamdulillah tahun ini saya berjaya kumpul hampir RM50,000,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Thalia mengakui ada segelintir masyarakat termasuk selebriti memperlekehkan usahanya untuk mewakili Malaysia ke WCOPA.

“Bukan seorang tapi beberapa individu dan ada juga dalam kalangan rakan artis sendiri seolah-olah memperlekehkan usaha saya ke sana.

“Ada juga yang cakap saya minta sedekah tapi pada saya impian masing-masing kita ada hak untuk impian apa yang kita nak dalam hidup.

Dalam pada itu, Thalia turut mendedahkan dia ada menerima gangguan misteri sehingga badannya mengalami kesakitan.

“Saya tengah tidur... boleh terbangun, menangis dan sesak nafas macam nak mati selepas itu tangan rasa dicucuk-cucuk tak boleh pegang apa-apa... mungkin dia tak nak saya pegang mikrofon.

“Sakit tu saya je yang rasa, kalau mungkin ada yang tak faham akan kata buat-buat, itu terpulanglah... saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form