Ahli Dewan Undangan Negeri (N.12) Sg Tua, Datuk Seri Amirudin Shari selesai mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada pagi Isnin.
Istiadat pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 11.00 pagi.