BERITA SEMASA 21 OGOS 2023
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Panel tiga hakim membabitkan Datuk Azizah Nawawi, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azimah Omar yang membenarkan rayuan Datuk Seri Abdul Azeez turut memerintahkan Guan Eng membayar kos RM70,000.
Hakim Azimah berkata, Mahkamah rendah terkhilaf menolak saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng dan membenarkan pembelaan Guan Eng bagi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan yang layak berhubung kenyataannya berkaitan Datuk Seri Abdul Azeez.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274850/berita/semasa/guan-eng-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm250000-kepada-abdul-azeez
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SamanFitnah