Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan. Jelasnya, sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan antibiotik yang diberikan oleh doktor tidak berkesan sepenuhnya untuk merawat jangkitan.