MIDF Research menjangkakan trend pemulihan sektor penerbangan berterusan pada separuh kedua tahun ini didorong pengenalan semula lebih banyak laluan dan peningkatan dalam kekerapan penerbangan. Firma penyelidikan itu berkata, kehadiran syarikat penerbangan utama dijangka meluaskan jangkauan pasaran Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).