ADUN PH di Kelantan tak gentar dilabel pengkhianat: Dr Hafidzah
SHORTS WACANA 30 OGOS 2023
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, kemenangan beliau di DUN tersebut membuktikan rakyat menerima wanita sebagai wakil rakyat walaupun situasi beliau sengit memandangkan dari blok Pakatan Harapan (PH).
Dr Hafidzah yang memperoleh undi seramai 9,691 berkata, walaupun pernah dilabel sebagai pengkhianat dan penentang perjuangan Islam tetapi beliau tidak gentar dengan semua itu.
Beliau berkata demikian selaku panel dalam program Wacana Sinar bertajuk 66 Tahun Merdeka: Di mana Kuasa Politik Wanita, pada Selasa.
TONTON VIDEO DI:
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=5zoqVqRiGaE
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/792296699344917
Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1ynJOalqzgvKR
#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian