Yang di-Pertuan Agong terharu dengan rakyat Sibu

AWANI 2023-09-11

Views 89

Kesungguhan rakyat Sibu menanti ketibaan rombongan Kembara Kenali Borneo mendapat pujian dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menzahirkan rasa terharu dari lubuk hatinya melihat kesetiaan penantian rakyat Sibu di Dewan MUC, Kampung Bandung malam tadi

Ketibaan Baginda di perkarangan dewan pada jam 9.34 malam disambut meriah oleh rakyat pelbagai kaum yang menunggu sejak pukul 4.30 petang.

Share This Video


Download

  
Report form