Syarikat berpangkalan di Rusia, Caviar memperkenalkan iPhone paling mahal di dunia iaitu sebuah iPhone yang berharga sebiji rumah banglo mewah di Malaysia. iPhone Diamond Snowflake, khusus untuk model telefon pintar iPhone 15 dijual pada harga AS$562,700 (RM2.6 juta). Versi eksklusif terbaharu peranti keluaran Apple itu menampilkan sarung telefon pintar.