Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting, Lau Weng San mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Selasa. Weng San mengangkat sumpah jawatan itu dihadapan Setiausaha Bahagian DUN Selangor, J. Gayathri pada mesyuarat pertama penggal ke-15 DUN Selangor.