Beras Siam timbang kilo jadi rebutan
BERITA MOJO 21 SEPTEMBER 2023
Peningkatan harga beras Siam sejak nilai ringgit tidak menentu berbanding Baht Thailand menyebabkan orang ramai mula beralih kepada belian secara timbang sehingga ada dalam kalangan peniaga tidak menang tangan, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin.
Tinjauan Sinar Harian di Pasar Ketereh dan Kok Lanas mendapati rata-rata peniaga memberitahu jualan beras Siam secara timbang menjadi rebutan mutakhir ini berbanding sebelumnya.
Situasi itu diakui sendiri oleh peniaga runcit, Zakiah Muhamad yang mendedahkan semenjak beras Siam mengalami kenaikan harga orang ramai mula membeli makanan ruji itu sekitar sekilogram atau 2 kg yang dijual dengan harga RM6 sekilogram.
Muzik: Elavate dari Bensound
Artikel berkaitan: https://bitly.ws/Vjmb
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #SinarTerkini