'Air naik cepat, tak sempat selamatkan barang'
BERITA MOJO 26 SEPTEMBER 2023
Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Kubang Pasu, Kedah pada malam Isnin tidak sempat menyelamatkan barangan rumah kerana air naik dengan begitu cepat, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.
Seorang mangsa, Mohd Azhan Mahtar berkata, ketika kejadian dia hanya sempat memikirkan untuk membawa keluar isteri dan seorang anak berusia lima tahun bagi menyelamatkan diri.
Seorang lagi mangsa, Harisun Salleh berkata, air mula memasuki rumahnya pada jam 7 pagi pada Selasa sebelum dia mula mengangkat barang dan meletakkan di tempat yang lebih tinggi.
Artikel berkaitan: https://bitly.ws/VHrV
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #MojoLive #SinarTerkini #banjir