Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh Kerajaan, bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, program itu mampu membantu merealisasikan ikrar Malaysia pada Persidangan Iklim 2015 (COP 21), untuk menepati hasrat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030.