BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2023
Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal mengapa jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih tiada pengganti susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.
Selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Simpang Jeram dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai pada 9 September lalu, beliau turut persoalkan mengapa kerajaan masih belum mengumumkan pengganti Salahuddin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh berlengah dengan membiarkan kekosongan bagi portfolio itu terlalu lama, lebih-lebih lagi ketika negara berhadapan dengan krisis bekalan makanan dalam pasaran.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #SinarTerkini #MuhyiddinYassin #PN #PRK #Pelangai