Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjawab persoalan berkenaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dilihat terjejas ketika perlawanan Malaysia menentang India dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka pada Jumaat. Kata TMJ, padang yang baru dinaik taraf itu memerlukan lebih masa untuk akarnya lebih kuat.