Panel Penasihat Khas MERCY Malaysia, Norazam Abu Samah berkata aspek pembangunan psikososial kanak-kanak yang terkesan akibat kezaliman dan serangan rejim Zionis merupakan keutamaan yang diberikan dalam fasa pasca perang. Jelasnya, pelbagai program dijalankan dengan pasukan Malaysia dihantar masuk ke sekolah-sekolah di Palestin.