BERITA SEMASA 19 OKTOBER 2023
Ahli Parlimen Kudat, Cha Kee Chin berpandangan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) tidak menjalankan obligasi sosial yang secukupnya dalam menangai isu bekalan beras.
Menurut beliau, hak monopoli yang diberikan sehingga Januari 2031 tidak membawa makna jika isu bekalan beras gagal diselesaikan pihak Bernas.
"Bukan menafikan hak monopoli Bernas tetapi melakukan satu pendekatan yang lebih holistik untuk memastikan isu yang berlaku ketika ini tidak berulang pada masa akan datang," katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen