Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah

Sinar Harian 2023-10-19

Views 34

Tukang masak berdepan hukuman mati, edar dan miliki dadah

BERITA MOJO 19 OKTOBER 2023

Seorang tukang masak berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor pada Khamis atas dua tuduhan memiliki dan mengedar dadah pada 8 Oktober lalu. laporan wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Tertuduh, Wong Chee Chuen 34, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 6083.18 gram sementara tuduhan kedua tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin pada 7.70 gram.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 13 Disember sebagai sebutan semula kes.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630203/berita/semasa/tukang-masak-berdepan-hukuman-mati-edar-dan-miliki-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo

Share This Video


Download

  
Report form