Bilik sewa 'sangkar burung' diserbu Menteri
BERITA MOJO 19 OKTOBER 2023
Selepas sembilan hari pendedahan eksklusif Sinar Harian berhubung bilik sewa sangkar burung, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta pasukan polis telah membuat satu pemeriksaan mengejut berkaitan aduan awam terhadap premis tersebut pada Khamis.
Serbuan yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad itu dilakukan pada jam 1 tengahari untuk meneliti sendiri premis yang telah menyalahi undang-undang kerana mengubah suai premis dengan menempatkan 48 bilik sewa kapsul di ibu kota.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630279/berita/nasional/bilik-sewa-sangkar-burung-diserbu-menteri-kpkt
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo