PAS beri jaminan Penyatuan Ummah yang sedang diperjuangkan parti Islam itu tidak akan menjejaskan hak orang bukan Melayu dan bukan Islam.
Berucap merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-69, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PAS konsisten mengajak semua pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan atau tokoh-tokoh masyarakat untuk memperkukuhkan perpaduan Ummah.