Penyanyi Ariff Bahran tak ambil hati dengan pujian yang sentiasa diberikan juri tetap Mas Idayu kepada pasangan duonya iaitu Haqiem Rusli.
Kata Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, dia tumpang senang dengan pujian yang diberikan dan bangga apabila Haqiem menjadi antara salah seorang peserta yang digemari pihak juri.