Kerusi Marang kekal disandang Abdul Hadi Awang
BERITA MOJO 15 NOVEMBER 2023
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memutuskan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.
Keputusan sebulat suara itu ditetapkan panel tiga hakim, selepas menolak rayuan bekas calon Barisan Nasional, Jasmira Othman.
Sebelum ini, ahli politik itu mendakwa Hadi yang juga Presiden Pas menyogok pengundi di parlimen tersebut, menjelang PRU15 lalu.
Bagaimanapun, dalam prosiding ini, Jasmira dan Hadi tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya mewakilkan peguam masing-masing.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/634646/berita/semasa/abdul-hadi-kekal-ahli-parlimen-marang
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini