KONFLIK antara penyanyi Nourul Wahab dan anaknya iaitu Ayu Nazirah akhirnya menemui titik nokhtah apabila kedua-duanya sudah saling meminta maaf.
Perkara tersebut dikongsi sendiri penyanyi dan komposer Ajai yang memaklumkan Ayu sudah menghubungi bekas isterinya itu dan menjelaskan salah faham yang berlaku di antara mereka.
Ajai bagaimanapun memberitahu Ayu belum berkesempatan bertemu sendiri dengan Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia disebabkan kesibukan kerja.