Air kunyit amalan nenek 102 tahun

Sinar Harian 2023-11-20

Views 452

Air kunyit amalan nenek 102 tahun

BERITA MOJO 20 NOVEMBER 2023

Minum air kunyit dan air halia sejak usia muda antara amalan seorang wanita warga emas, Halipah Hasan dari Kampung Ladang, Gemas, Tampin yang kini usianya mencecah 102 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Malah wanita itu juga tidak mengalami sebarang penyakit melainkan penglihatannya saja semakin kabur disebabkan faktor usia.

Dia yang lebih mesra dipanggil Uwan Lipah bagaimanapun tidak lagi mampu berjalan sejak tiga tahun lalu selepas kedua-dua belah pehanya patah akibat terjatuh di rumah.

Menurut cucunya Norazizah Mat Ripin, berdasarkan tarikh lahir yang tercatat pada kad pengenalan neneknya, dia dilahirkan pada tahun 1921, namun sebenarnya ia setahun lewat.

Tonton video menarik di: https://www.sinarharian.com.my/video

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini

Share This Video


Download

  
Report form