'Kenapa nak salur peruntukan pada ahli Parlimen cerca kita?' - PM

Sinar Harian 2023-11-26

Views 1.2K

BERITA SEMASA 26 NOVEMBER 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peruntukan pembangunan bagi negeri ditadbir pembangkang masih diteruskan walaupun tidak diberikan terus kepada ahli Parlimen.

Susulan desakan ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan peruntukan buat mereka, Anwar menjelaskan peruntukan itu tidak sepatutnya diberikan buat pemimpin yang mencerca, memaki dan menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan.

Beliau berkata, demikian dalam ucapan penggulungan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, pada Ahad.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #KongresPKR2023 #PKR #SaifuddinNasution

Share This Video


Download

  
Report form