Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih daripada sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan. Jelas baginda, perlu diakui bahawa sumber hasil tradisi berkenaan menjadi kebergantungan rakyat mencari rezeki, justeru memerlukan pendekatan menyeluruh.