BERITA MOJO 15 DISEMBER 2023
Seorang suri rumah sempat menyelamatkan barang termasuk dokumen penting sebelum kediamannya dinaiki air di Kampung Kemat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.
Zurina Kateman, 43, memberitahu sudah membuat persediaan awal sebulan lalu berikutan masih trauma kerana kediamannya yang terletak berhampiran itu pernah ditenggelami air sehingga paras bumbung.
Menurut Zurina, hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat sehingga menenggelamkan jambatan berkenaan malah, laluan menuju ke jambatan berkenaan rosak akibat dibadai arus deras sungai.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639790/edisi/terengganu/sempat-selamatkan-barang-sebelum-air-naik
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini