Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasikan kes Zayn Rayyan ‘NFA’
BERITA SEMASA 2 JANUARI 2024
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
Tegasnya, siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini.
Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642249/berita/semasa/polis-teruskan-siasatan-tidak-klasifikasikan-kes-zayn-rayyan-nfa
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian