BERITA SEMASA 3 JANUARI 2024
Pembukaan cawangan keempat bagi jenama Ikan Flyover di Kuala Ibai, Kuala Terengganu mendapat sambutan luar biasa apabila 1,000 ekor ikan siakap berharga 90 sen seekor habis dijual dalam tempoh 45 minit, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim.
Pemiliknya, Sauffian Sauji, 37, berkata, premis tersebut diserbu pelanggan seawal jam 6.30 pagi dan ikan siakap pada harga rendah itu habis dijual sekitar jam 8 pagi.
#SinarHarian #BeritaSemasa #siakapmurah #terengganu #ikansiakap