'Pelajar UMS belum mandi': Anwar minta laporan penuh

Sinar Harian 2024-01-09

Views 2.4K

'Pelajar UMS belum mandi': Anwar minta laporan penuh

BERITA SEMASA 9 JANUARI 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta satu laporan terperinci disediakan berhubung kemajuan projek penyelesaian masalah gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Anwar yang juga menteri kewangan berkata dia tidak ingin menghukum mana-mana pihak sehingga menerima laporan berkenaan masalah itu.

Pada Isnin, ketibaan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke UMS disambut mahasiswa universiti dan diiringi lagu serta lirik antara lain berbunyi 'kami belum mandi'.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643374/berita/nasional/anwar-minta-laporan-projek-penyelesaian-masalah-air-di-ums

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #UMS

Share This Video


Download

  
Report form