Penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata pembangkang terus-menerus memberikan pengharapan kepada para penyokong untuk mengekalkan sokongan. Jelasnya, tindakan ini telah menyebabkan ramai dalam kalangan pengikutnya hilang pertimbangan dan tidak berfikir secara rasional.