Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada 115.1 bilion dolar Amerika pada 15 Januari 2024 berbanding 113.5 bilion dolar Amerika pada 29 Disember 2023. BNM dalam satu kenyataan berkata, paras rizab tersebut memadai membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.