Na'imah dakwa tidak terlibat, akan buktikan di mahkamah
BERITA SEMASA 23 JANUARI 2024
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na'imah Abdul Khalid mendakwa tidak terlibat dengan tuduhan gagal isytihar harta dan akan membuktikan perkara tersebut di mahkamah.
Toh Puan Na'imah sebaliknya mendakwa bahawa jenayah sebenar adalah komplot dirancang untuk mencemarkan nama baik suami dan keluarganya.
Na'imah turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan orang ramai yang diberikan ke atas diri dan keluarganya berhubung dakwaan tersebut.
Pada Selasa, Na'imah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan, gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 12 aset harta antaranya di ibu negara dan Pulau Pinang, Disember tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645805/berita/semasa/gagal-isytihar-harta-naimah-dakwa-tidak-terlibat-akan-buktikan-di-mahkamah
#SinarHarian #BeritaSemasa #IsytiharHarta #TohPuanNa'imah #DaimZainuddin