Lelaki yang dipercayai sebagai dalang insiden kebakaran di sebuah bangunan di Johannesburg yang mengorbankan lebih 70 orang pada tahun lalu, akan didakwa di mahkamah. Ini selepas suspek mengakui perbuatannya terbabit dalam tragedi kebakaran terburuk di bandar itu.