Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Nik Elin Zurina Binti Nik Abdul Rashid dan satu lagi. Dan Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berusaha segera mendapatkan alasan penghakiman bertulis bagi kes ini untuk tujuan kajian dan perancangan selanjutnya.