Semak dulu status sekatan perjalanan sebelum rancang ke luar negara - LHDN

Sinar Harian 2024-02-09

Views 1.6K

Semak dulu status sekatan perjalanan sebelum rancang ke luar negara - LHDN

BERITA SEMASA 9 FEBRUARI 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan sekatan perjalanan ke atas 12,846 pengarah syarikat dan 179,719 individu kerana tunggakan cukai setakat 31 Disember lalu.

LHDN berkata, menjelang cuti persekolahan sesi 2023/2024, pastinya pelbagai perancangan percutian direncanakan, namun mengingatkan kepada pembayar cukai supaya menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan terlebih dulu supaya percutian ke luar negara tidak tergendala.

Tindakan sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 merupakan antara tindakan LHDN ke atas mana-mana individu yang tidak menjelaskan tunggakan cukai mereka.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #lhdn #SekatPerjalanan #Bercuti #Malaysia

Share This Video


Download

  
Report form