Destinasi alam, warisan dan sejarah

Sinar Harian 2024-02-13

Views 3.7K

Destinasi alam, warisan dan sejarah

BERITA SEMASA 13 FEBRUARI 2024

Jika berkunjung ke Kedah, jangan lepaskan peluang untuk ke mukim Sedim di daerah Kulim yang menawarkan kawasan riadah menarik sambil merasai kesegaran udara dalam suasana kampung, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan Siti Zubaidah Zakaraya.

Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Kulim, Sedim merupakan lokasi pelancongan tempatan popular terutamanya dalam kalangan penggemar aktiviti lasak.

Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman tinggal di kediaman keluarga angkat dengan aktiviti menarik sepanjang hari.

Antaranya, sukan lasak, rakit arus deras atau white water rafting, memanah, melawat ladang madu kelulut, mempelajari cara membuat kopi tumbuk dan kuih tradisional.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648698/berita/nasional/destinasi-alam-warisan-dan-sejarah

Muzik: Hey by www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #MukimSedim #aktivitilasak

Share This Video


Download

  
Report form