Cadangan hidup semula MN perlu dibincangkan pimpinan PN - Razali
BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2024
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris meminta sebarang rundingan oleh Pas untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) perlu dibincangkan oleh pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Menurutnya, setakat ini perkara dibangkitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menerusi media minggu lalu itu tidak pernah dibincangkan.
Minggu lalu, Datuk Hashim berkata beliau “yakin” ada perbincangan secara tidak langsung antara pimpinan Pas dengan UMNO bagi menghidupkan MN digagaskan ketika keduanya dalam blok pembangkang sebagai usaha penyatuan ummah pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Pas #Bersatu #PerikatanNasional #MuafakatNasional