BERITA SEMASA 29 FEBRUARI 2024
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan tidak ada mana-mana pegawainya yang menghubungi Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung pendedahan ajakan menyokong Perdana Menteri.
Tan Sri Azam berkata, semakan telah dibuat terhadap pegawai-pegawai SPRM dan mendapati tiada seorang pun yang menghubungi Wan Saiful selepas dakwaan ditawarkan habuan bernilai RM1.7 juta.
Bagaimanapun jelasnya lagi, sesiapa sahaja boleh menghubungi Wan Saiful dan mendakwa sebagai anggota SPRM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651966/berita/semasa/tiada-pegawai-sprm-hubungi-wan-saiful---azam-baki
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #wanfaiful #azambaki #sprm