PELAKON Shaheizy Sam beranggapan setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka mengenai filem lakonannya berjudul La Luna yang dikatakan mengandungi unsur soft porn.
Menurut, Sam, 41, dia menerima setiap pandangan dengan hati terbuka, namun percaya niat sebenar seseorang hanya diketahui oleh Allah SWT.