'Dah tak boleh peluk, tunggu Attar dekat syurga tau'

Sinar Harian 2024-03-04

Views 3.7K

'Dah tak boleh peluk, tunggu Attar dekat syurga tau'

BERITA SEMASA 4 MAC 2024

"Abah, umi, adik tunggu Attar dekat syurga tau," kata Attar Azim Syukran Jamil, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Kata-kata itu diluahkan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu semasa pengebumian ibu, bapa dan dua adiknya di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara dekat Sungkai, Tanjung Malim malam tadi.

Dalam linangan air mata, Attar Azim ketika ditemui berkata, selepas ini dia tidak dapat lagi merasakan pelukan kasih dan sayang daripada ibu bapa dan adik-beradiknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652574/'Dah-tak-boleh-peluk,-tunggu-Attar-dekat-syurga-tau

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Share This Video


Download

  
Report form