BULETIN TIKTOK 6 MAC 2024
Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu berpijak di bumi nyata dan tidak boleh terlalu tamak untuk bertanding di kesemua enam kawasan disandang Ahli Parlimennya yang kini menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya kerusi terbabit diisytiharkan kosong kelak.
Felo Penyelidik Unit Literasi dan Advokasi Politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, biarpun Bersatu sudah meminda perlembagaan bagi membolehkan mana-mana wakil rakyatnya yang tidak sehaluan dengan parti atau beralih sokongan dilucutkan hak sebagai ahli Parlimen, namun ia belum dimuktamadkan.
Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Politik #Bersatu #Perlembagaan #AhliParlimen #PilihanRaya #PRK #PantaiTimur #Terengganu #Kelantan #Pas