Hapus pangkalan haram: Kelantan sedia jumpa KDN

Sinar Harian 2024-03-08

Views 7K

Hapus pangkalan haram: Kelantan sedia jumpa KDN

BERITA SEMASA 8 MAC 2024

Kerajaan Kelantan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pihaknya menunggu tarikh itu untuk bekerjasama dalam usaha membanteras sebarang penyeludupan melibatkan Malaysia dan Thailand.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa memberitahu akan mengadakan pertemuan tersebut dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penghapusan pangkalan haram yang berisiko menjadi laluan sebarang bentuk penyeludupan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/653419/edisi/kelantan/hapus-pangkalan-haram-kelantan-sedia-jumpa-kdn

#SinarHarian #BeritaSemasa #PangkalanHaram #Kelantan #Thailand

Share This Video


Download

  
Report form