Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan aduan kes penipuan skim pelaburan dan pakej pembinaan hartanah kepada Jabatan Peguam Negara, Sarawak untuk meneruskan pendakwaan terhadap syarikat yang telah menyebabkan kerugian RM50 juta kepada 500 mangsa.