Tidak semak stoking, KK Super Mart mohon maaf

Sinar Harian 2024-03-14

Views 11K

BERITA SEMASA 14 MAC 2024

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melakukan semakan terperinci terhadap jualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai rangkaian serbaneka.

Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan sekiranya syarikat itu melakukan pelanggaran undang-undang.

Terdahulu, pengendali KK Supermart & Superstore Sdn Bhd tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH di satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya hari ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #stoking #kkmart

Share This Video


Download

  
Report form