Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak berperikemanusiaan rejim Israel ke atas kem Al-Nuseirat di Semenanjung Gaza pada Khamis.
Serangan udara itu yang berlaku ketika pengagihan bantuan Ops Ihsan, iaitu inisiatif penghantaran bantuan makanan dari Malaysia, telah mengorbankan lapan nyawa rakyat Palestin serta mencederakan lebih 20 individu yang lain.