Cukai makanan, minuman, telekomunikasi kekal 6 peratus
BERITA SEMASA 26 MAC 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam ke lapan peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 lebih menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan yang kurang melibatkan rakyat secara langsung.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah yang meminta Perdana Menteri menyatakan kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai SST daripada enam peratus kepada lapan peratus.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #Parlimen #SST