BIMBANG emosi terganggu dan boleh menjejaskan kehamilan, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia mengambil pendekatan untuk tidak terus berfikir tentang kemelut keluarga yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Kata Shila, 34, hatinya juga belum terbuka untuk bertemu mereka dan lebih memberi fokus kepada kehamilannya kini yang sudah memasuki usia lapan bulan.
Bagaimanapun menurut Shila dia terbuka untuk terima kunjungan keluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.