Penghuni Puspen menyesal, sebak kenang keluarga di Aidilfitri

Sinar Harian 2024-04-11

Views 19.8K

Penghuni Puspen menyesal, sebak kenang keluarga di Aidilfitri

BERITA SEMASA 11 APRIL 2024

Percaya dengan pengambilan syabu boleh menjadi 'ubat' untuk tahan mengantuk menjadi punca kemusnahan rumahtangga seorang pemandu lori yang kini kehilangan isteri dan tiga anaknya, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Zack yang berusia 38 tahun antara 316 penghuni yang tidak dapat meraikan Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga kerana sedang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Papar.

Menurut Zack, hanya penyesalan yang tinggal kini disebabkan najis dadah yang suatu ketika dulu menjadi 'peneman setia' bagi meneruskan pekerjaannya yang sering ke luar daerah dengan memandu lori.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Puspen #Sabah

Share This Video


Download

  
Report form